UPSR bermula secara rasmi pada 20 September lepas dengan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Hari ini, seramai lebih 400 ribu calon diseluruh Malaysia mula menjawab soalan UPSR dengan permulaan subjek Bahasa Melayu Pemahaman dan diikuti Bahasa Melayu Penulisan. Kami doakan agar calon UPSR pada tahun ini tidak stress dengan peperiksaan yang boleh dikatakan penting ini
Usaha untuk menjadikan UPSR peperiksaan biasa
Bagi pendapat Siffra, kenapa UPSR ini nampak ‘besar’ adalah kerana ia peperiksaan yang terakhir sebelum pelajar itu masuk ke alam sekolah Menengah yang mana lebih mencabar untuk setiap pelajar. Hari ini, Kementerian Pendidikan cuba mengubah persepsi ini dengan menaruh harapan agar menjadikan UPSR ini peperiksaan ‘biasa’
Amaran ketika UPSR yang perlu anda tahu
Berikut merupakan petikan daripada akhbar UTUSAN ONLINE
PUTRAJAYA 24 Sept. – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan satu penilaian `taruhan besar’ (high stake) sehingga memberi tekanan kepada murid, pihak sekolah dan ibu bapa.
Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan menjelaskan, fokus utama Kementerian Pendidikan terhadap UPSR untuk melihat tahap penguasaan minimum murid setelah melalui pembelajaran selama enam tahun di sekolah rendah.
“UPSR merupakan suatu `check point’ (titik penentu) untuk menilai pencapaian murid dalam literasi, numerasi dan penaakulan di peringkat sekolah rendah.
“UPSR bukanlah suatu peperiksaan pada peringkat pensijilan justeru kementerian berhasrat untuk mengurangkan penekanan terhadap peperiksaan,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.
Kami di Siffra cukup setuju untuk meneruskan agenda ini kerana pelajar sebenarnya tidak boleh dibebani dengan ujian yang mengharapkan keputusan yang cemerlang dalam menentukan hala tuju pelajar itu. Banyak lagi faktor lain disekolah yang penting selain daripada ujian untuk membentuk peribadi seseorang pelajar itu
Usaha ini perlu mendapat sokongan daripada masyarakat dengan tidak terlalu membincangkan UPSR ini di media sosial. Tambahan juga selepas keputusan yang akan diumumkan kelak, ibu bapa dan guru seharusnya tidak membanding bandingkan keputusan UPSR anak mereka atau pelajar sekolah mereka dengan yang lain. Jika semua berganding bahu, usaha untuk mengurangkan bebanan UPSR ini dapat dicapai
Semoga berjaya calon UPSR 2018
Walau apa pun, kami mendoakan agar semua calon UPSR 2018 dapat menjawab dengan tenang dan sebarang keputusan kelak adalah hasil apa yang telah anda usahaka sebelum ini. SEMOGA BERJAYA!