Pendidikan STEM atau Science Technology Engineering Math adalah sistem pendidikan yang sudah banyak digunapakai oleh negara yang maju. Bagi mengetahui apa itu Pendidikan STEM, eloklah baca penerangan daripada Pusat STEM Negara sendiri

KEPENTINGAN PENDIDIKAN STEM

1. Pekerjaan masa hadapan berdasarkan WEF 2018 berbeza dengan apa yang sedang berlaku sekarang.
2. Kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan pada tahun 2022 kebanyakannya berteraskan matematik dan sains.
3. Murid Malaysia tidak mempunyai kemahiran tersebut. Bukti daripada kajian PISA dan TIMSS menunjukkan kedudukan Malaysia jauh di belakang berbanding negara maju.
4. Murid sepatutnya disediakan untuk menghadapi kehidupan dengan mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah.
5. Tetapi keputusan PISA dan TIMSS menunjukkan murid Malaysia tidak dapat mengaplikasikan apa yg dipelajari di sekolah.
6. Data bilangan murid aliran sains menunjukkan minat murid kepada sains dan matematik semakin menurun.
7. Apa sebenarnya berlaku?
8. Murid anggap bidang STEM susah dan tidak menarik. Guru mengejar silibus dan tidak melaksanakan eksperimen dan aktiviti hands-on. Murid tidak digalakkan memasuki aliran sains tulen demi menjaga GPS.
10. Penekanan yang melampau kepada kaedah latih tubi untuk menyediakan murid menghadapi peperiksaan menyebabkan murid tak perlu berfikir dan hanya menerima apa sahaja yang diberikan oleh guru. Hasilnya, murid Malaysia semakin lemah dan tidak boleh bersaing di peringkat antarabangsa

KASUT HITAM WAJIB 2021

11. Adakah kaedah latih tubi berkesan? Kebanyakan pengetua, guru besar dan guru malah ibu bapa juga menganggap itulah kaedah paling berkesan untuk menyediakan murid menghadapi peperiksaan.
12. Sebenarnya kaedah latih tubi bukan sahaja tidak berkesan malah murid yang disediakan dengan kaedah tersebut akan lupa apa yang dipelajari sebaik selesai peperiksaan. Ini kerana melalui latih tubi, guru hanya melatih (train) murid untuk menjawab soalan peperiksaan dan bukan mengajar (teach) dalam erti kata yang sebenar (Rujuk Prof Dr. Parmjit Singh, UiTM).
13. Mereka juga tidak mempunyai kemahiran berfikir kerana tidak perlu berfikir. Mereka menerima sahaja apa yang diberikan oleh guru.
14. Sebenarnya untuk memastikan murid mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, mereka mestilah betul-betul boleh menghayati apa yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan harian.
15. Bagaimana melakukannya?
16. Melalui pembelajaran Pendidikan STEM yang mengintegrasikan keempat elemen tersebut dalam PdP yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar, menggunakan pendekatan hands-on dan penerokaan terbuka. Pendekatan sebegini menyeronokkan murid dan menarik mereka untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.
17. Pendekatan ini diterjemahkan dalam pembelajaran berasaskan inkuiri (IBSE, IBME, IBL etc).

PLANNER DOODLE 2019

18. Menggunakan konsep 5E iaitu engage, explore, explain, elaborate, evaluate.
19. Murid perlu ditarik untuk ingin mempelajari sesuatu (curiosity) dengan menimbulkan pelbagai persoalan dalam minda mereka (engage). Untuk menjawab persoalan tersebut, mereka melakukan kajian/eksperimen berbentuk aktiviti hands-on (explore). Selesai menjalankan aktiviti mereka perlu menerangkan apa yang dipelajari/difahami daripada aktiviti tersebut (explain). Seterusnya, mereka diminta mengaplikasikan ilmu yang baru dipelajari itu dalam situasi berbeza (extend or elaborate) dan akhir sekali pengetahuan mereka dinilai oleh guru dan rakan-rakan (evaluate).
20. Pusat Pendidikan STEM Negara sedang melaksanakan latihan Inquiry Based Science Education (IBSE) pada tahun ini dan akan mula melaksanakan latihan Inquiry Based Mathematics Education (IBME) pada tahun hadapan.
21. Inisiatif Pengukuhan Pendidikan STEM yang dimulakan pada 2016 giat melaksanakan pelbagai aktiviti Pendidikan STEM.
22. Keberhasilan yang diharapkan daripada aktiviti ini adalah bilangan murid yang memasuki aliran STEM terutamanya sains tulen akan meningkat, kebolehan murid berfikir pada aras tinggi meningkat dan diterjemahkan dalam keputusan PISA dan TIMSS yang lebih baik dan bilangan pelajar peringkat pengajian tinggi dalam bidang STEM semakin bertambah.
23. Akhirnya, melalui penekanan kepada Pendidikan STEM untuk melahirkan murid yang boleh berfikir pada aras tinggi, kreatif dan inovatif, negara dapat menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif yang mampu melonjakkan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan produktif.
24. Marilah kita sama-sama mengubah pendekatan PdP dengan mengamalkan pembelajaran berasaskan inkuiri demi masa hadapan Negara yang kita cintai ini.

Pusat STEM Negara
BPPDP
KPM

Please follow and like us: