Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru baru ini dalam satu sidang akhbar mengatakan bebanan guru akan dikurangkan pada seawal tahun hadapan. Beban guru memang menjadi topik hangat dan sudah lama didebatkan tetapi sehingga kini masih tidak nampak akan perubahannya. Berita baik bawah kerajaan Malaysia Baru ini, besar harapan agar perkara ini dapat menjadi realiti

HERO TEACHER

Kata Dr Maszlee Malik, sudah sampai masanya guru tidak dibebankan dengan kerja kerja pengkeraniaan dan memberi fokus dalam mengajar dan mendidik murid seterusnya menjadi HERO TEACHER yang akan melahirkan ramai pelajar yang cemerlang. Lebih ramai HERO TEACHER atau wira guru akan dilahirkan jika guru tidak dibebankan dengan tugas pengkeranian. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan untuk masa mendatang

Siapa menang iPhone daripada Siffra?

Berita beban guru akan dikurangkan ini disambut baik oleh para pendidik di negara kita yang sememangnya menantikan berita seperti ini tugas guru harus kembali kepada mendidik pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukannya menguruskan hal yang remeh temeh.

Beban Guru Selain Tugas Pengkeranian

Selain tugas pengkeranian banyak lagi bebanan guru yang terpaksa ditanggung oleh warga pendidik kita. Seperti contoh bekerja pada lewat sehingga keluar waktu belajar. ada juga guru yang dibebankan dengan tugas menguruskan hari sukan yang sememangnya amat sukar untuk dilaksanakan.

Beban guru menggunung

Ada juga guru dibebankan dengan tugas untuk menguruskan majlis terutama yang melibatkan Menteri atau golongan VIP.  sememangnya ini bukanlah tugas seorang guru dan bebanan seperti ini yang akan menjejaskan tugas Hakiki seorang guru di sekolah.  harapannya agar penyelidik ataupun pegawai YB menteri dapat mengenalpasti bebanan bebanan lain selain daripada pengkeranian ini yang sememangnya menjejaskan tugas seorang guru

Awal tahun hadapan

Menurut YB Menteri Dr Maszlee Malik pegawai dan penyelidiknya akan membentangkan gerak kerja yang perlu dilakukan untuk mengurangkan bebanan guru pada Disember nanti.  setelah dibentangkan dan dipersetujui oleh pihak yang berwajib pelaksanaannya akan bermula pada awal tahun hadapan. kami menantikan berita gembira daripada kerajaan kita

Akhir sekali, semoga tugas dan beban guru dapat dikurangkan atau tiada lagi kerja remeh temeh yang seorang guru lakukan sehingga mengabaikan tanggungjawab tugas hakiki. Semoga sistem pendidikan Malaysia terus kukuh dan ampuh

Please follow and like us: