UPSR 2018 baru saja manamatkan tirainya pada minggu lepas. Macam mana adik adik menjawab soalan UPSR? ok ke ok? Kami doakan baik baik untuk kesemua mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti. Apa jua keputusan yang bakal dapat nanti, terima dengan hati yang terbuka. Kami harap kesemua lepasan UPSR 2018 peroleh kejayaan. Mahu tahu Cadangan aktiviti lepas UPSR?

Menangi iPhone sertai SEO HOME TUITION CHALLENGE

Apabila habis je UPSR, pasti banyak masa terluang yang akan ada sementara menunggu cuti akhir tahun. Tak tahu nak rancang apa aktiviti berfaedah, kami bantu anda! Senarai aktiviti lepas UPSR ini boleh dijadikan rujukan untuk guru guru supaya menjadikan waktu terluang di sekolah sebagai modul pembelajaran yang efektif kepada anak murid generasi akan datang

Jom lihat apakah aktiviti kami cadangkan itu

Sing and Highlight

Sing and Highlight adalah modul pembelajaran yang seronok untuk menambah vocabulary anak anak murid. Caranya cukup mudah, cikgu akan pasang lagu di dalam kelas, cikgu akan nyatakan perkataan yang terkandung dalam lirik lagu tersebut, anak murid akan mencari makna di dalam vocabulary dan diakhiri dengan nyanyian beramai ramai

Spelling Bee

Spelling Bee juga merupakan aktiviti yang akan menambah vocabulary anak anak murid. Kami cadangkan agar permainan ini dijalankan secara beramai ramai, tidak perlu memilih sesetengah pelajar sahaja. Sebagai contoh, semua murid diminta berdiri dan cikgu akan sebut perkataan dan setiap murid akan mengejanya dan yang mana boleh mengeja dengan betul, dia boleh duduk

Holistic Youth Camp

Telefon buruk

Permainan ini boleh dilakukan hanya di dalam kelas. Bahagikan kepada 8 orang setiap kumpulan dan sampaikan masej kepada orang pertama dan yang pertama akan sampaikan masej itu kepada orang kedua sehinggalah akhir. Orang terakhir perlu memberitahu masej dan lihat betapa banyak salah masej asal dengan masej terakhr

Teka bisu

Teka bisu adalah permainan yang akan menjadikan anak murid kreatif dalam menyampaikan sesuatu masej. Bahagikan kepada 2 kumpulan, setiap kumpulan perlu melantik si bisu yang akan melakonkan perkataan yang telah dipilih. Ahli kumpulan yang lain perlu meneka apakah perkataan itu

Panduan solat jenazah

Selain daripada permainan, perlu juga untuk kita menambah ‘soft skill’ anak murid terutama yang beragama Islam. Panduan solat jenazah antara yang boleh dijalankan dengan membuat amali. Pilih seorang ‘murid nakal’ untuk dijadikan ‘mayat’ dan seorang imam untuk mengetuai solat jenazah.

Ini antara 5 aktiviti lepas UPSR yang boleh dilakukan untuk pelajar lepasan UPSR supaya pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Jadikan waktu terluang ini untuk menimba ilmu sebagai persiapan ke peringkat  yang lebih tinggi kelak! Semoga berjaya!

Please follow and like us: