Planner merupakan sebuah buku catatan yang kita perlu menulis untuk merancang aktiviti kita. Berbeza dengan diari yang mana kita tulis setelah hari itu berlalu, planner merupakan jornal yang kita tulis untuk merancang aktiviti kita seharian, mingguan, bulanan malahan tahunan. Kebiasaannya planner ini cukup popular bagi pendiri ahli perniagaan tapi kami ingin membawa anda manfaat planner yang boleh dilatih sejak dari kecil lagi! Jika planner cantik lagilah bersemangat untuk menulis kan?

FAIL TO PLAN, U PLAN TO FAIL

Kebiasaannya bagi pelajar, mereka ada jadual waktu mata pelajaran setiap hari mengikut hari 5 hari seminggu waktu pembelajaran formal. Tapi tak ramai yang praktis untuk menggunakan masa dengan sebaiknya pada hujung minggu. Walhal, jika waktu weekdays sekalipun, tak ramai yang manfaatkan sebetulnya. Ini kerana mereka tidak merancang dengan betul

Kami akan kongsikan kenapa PLANNER ini penting untuk kita semua terutama yang masih dibangku persekolahan

1. Harian lebih terurus

Planner untuk aktiviti harian

Bila ada planner ni, kita akan tahu apa yang kurang dan apa yang kita patut tambah. Sebagai contoh kita ambik waktu ulangkaji subjek Matematik. Dengan planner, kita akan nampak, berapa banyak masa kita peruntukkan untuk ulangkaji subjek ini dan jika masih lemah, perlu ditambah masa untuk ulangkaji subjek ini dan jika prestasi agak baik, masa ulangkaji subjek ini boleh diganti dengan subjek yang lebih lemah

2. Tahu matlamat harian

Planner akan jadikan lebih fokus dalam kehidupan harian. Hari ini misalnya nak buat apa, nak pergi kemana, kerja sekolah mana yang perlu diselesaikan, tugasan dirumah apa yang perlu dilaksanakan. Semua ini kita boleh lihat di planner yang ada nanti. Jika planner cantik anak anak pasti akan rajin mengisi dengan gembira

3. Sentiasa positif setiap hari

Memperkasa pendidikan TADIKA

Kebanyakan planner akan ada quote quote yang menarik di sisi atau dibahagian bawah. Quote ini akan jadikan hidup lebih positif dan segala tugasan harian akan dibuat dengan optimum. Positive Vibes ini banyak diamalkan oleh pendiri perniagaan, percayalah jika anda yang masih dibangku sekolah pun dah amalkan, memang ia sesuatu yang memberi impak kepada kehidupan harian

PLANNER DARI SIFFRA?

Ramai yang bertanyakan kepada kami ‘adakah Siffra mengeluarkan planner’ Jawapan mudah, belum lagi. Kami akan keluarkan planner yang paling menarik untuk tahun 2019 tak lama lagi. Planner 2019 ini bukan sahaja anak anak boleh guna, ibu bapa pun pasti akan tertarik untuk mengisi daily planning dalam planner ini. Stay tuned di page untuk pengumuman daripada kami okey

Please follow and like us: