Kami pernah mengutarakan pendapat mengenai kasut hitam ke sekolah di post ini. Baru baru ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru saja membuat penetapan bahawa kasut hitam 2021 merupakan tahun untuk mewajibkan pemakaian kasut hitam ke sekolah.

Berikut merupakan akhbar daripada sumber Berita Harian. Baca petikan ini dibawah untuk isu kasut hitam 2021

xxxxxxx

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara hanya akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.

Kementerian Pendidikan menjelaskan keputusan berkenaan diambil selepas mempertimbangkan pandangan semua pihak berkepentingan, merangkumi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), murid, pentadbir sekolah, pertubuhan bukan kerajaan dan pembekal.

“Kementerian bersetuju pemakaian kasut hitam perlu dilaksanakan secara beransur-ansur mulai sesi persekolahan 2019 dan diperluaskan penggunaannya pada 2020.

“Dalam tempoh peralihan itu, murid masih dibenarkan untuk memakai kasut putih,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, pada 29 Julai lalu, dilaporkan berkata murid sekolah rendah dan menengah akan memakai kasut hitam mulai 2019 susulan keluhan daripada ibu bapa yang mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka.

Katanya, langkah itu berupaya membantu menceriakan pelajar, terutama dalam menjalankan aktiviti luar bilik darjah.

Mengulas lanjut, kementerian dalam kenyataan sama menegah pihak sekolah daripada mengadakan peraturan atau memaksa murid untuk memakai kasut hitam sepanjang tempoh peralihan dua tahun berkenaan.

“Ibu bapa dan penjaga juga dinasihatkan supaya tidak tergesa-gesa menyediakan anak mereka dengan pemakaian kasut hitam kerana mempunyai pilihan antara dua warna sehingga 2020,” katanya.

xxxxxxx

Walaupun ramai yang mencemuh dengan Menteri Pendidikan akan isu ini, kami di Siffra melihatnya satu isu yang perlu diselesaikan. Sebenarnya dah lama pandangan ini diutarakan oleh ibu bapa cuma tiada penguatkuasaan sehingga sekarang. Baguslah sudah ada kata putus, kita sebagai ibu bapa ikut sahajalah saranan daripada kerajaan ini

Kami harapkan agar lebih banyak perkara terutama bebanan pelajar dapat diselesaikan. Isu beg sekolah, isu kelas terlampau ramai, isu yuran sekolah yang semakin meningkat, kami doakan agar sistem pendidikan kita terus maju jaya.

Please follow and like us: