Semalam telah berlangsungnya Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018. Banyak agenda telah dikemukakan dan sudah pasti yang menarik perhatian kami adalah isu pendidikan. Antara yang menjadi tumpuan adalah pendidikan Islam yang perlu digubah dan diperkasa bagi mendepani masa depan yang lebih cemerlang

“Subjek pendidikan agama Islam di tadika serta sekolah akan diubah supaya mampu membentuk keperibadian rakyat mengikut nilai-nilai murni berlandaskan Islam,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Kami sangat bersetuju perkara ini dititikberatkan kerana sejarah telah menunjukkan, generasi yang hebat adalah generasi yang cintakan agamanya dan tiada generasi yang elok pembentukan sahsiahnya selain generasi muda yang masih kecil dididik dan ditanam nilai agama Islam yang mapan

TADIKA

Semai nilai murni sejak dari kecil akan Pendidikan Islam

“Kalau tak semai nilai-nilai mulia maka mereka akan belajar nilai-nilai ini dari kawan mereka, dan kawan mereka bukan semuanya baik,” katanya dalam sesi dialog pada Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Arahan, Amaran dan Larangan ketika UPSR 2018

Tak kira apa agama, jika anak anak ini didedahkan dengan pendidikan agama, pasti mereka akan mempunyai jiwa yang kental dari segi rohani. Terutamanya pendidikan Agama Islam, jika diperkasa sejak dari kecil pasti akan memberi impak yang besar kepada pembangunan negara

Gubal sistem yang baru

Kami berharap, agar mandat yang telah disampaikan oleh Tun M di Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 ini akan disambut oleh menteri pendidikan bagi memperkasakan pendidikan Islam di Tadika. Sudah sampai masanya silibus yang komprehensif dan menyeluruh digubal bagi menjayakan misi ini. Kami di Siffra sentiasa menyokong usaha kerajaan bagi memantapkan sistem pendidikan negara

Semoga Malaysia terus melahirkan generasi yang hebat di masa hadapan!

Jika anda ada pendapat anda sendiri mengenai Pendidikan Islam, anda boleh komen di entry ini supaya kami boleh ulas dan sampaikan kepada pihak yang bertanggungjawab. Semoga usaha yang kecil ini akan membawa pendidikan untuk generasi mendatang lebih cemerlang

Please follow and like us: