Memiliki planner yang cantik sangat penting untuk menjadikan diri kita lebih ‘rajin’ mengisi di dalam buku yang kecil itu. Planner adalah satu buku yang sangat penting dalam memudahkan tugasan kita dalam merancang aktiviti seharian. Siffra bekerjasama dengan pereka doodle ternama Malaysia telah menghasilkan satu planner yang sangat cantik iaitu planner doodle

Planner Doodle 2019

Terdapat lebih 19 doodle di dalam planner ini yang anda boleh gunakan kreativiti anda untuk mewarna. Doodle ini dilukis oleh pereka doodle ternama yang sudah banyak menghasilkan kerja seni yang cukup memberangsangkan. Nah kami belanja satu antara doodle yang telah dihasilkan

Cantikkan?

Setebal 202 muka surat sudah pasti anda boleh gunakan planner ini untuk merancang aktiviti harian atau bulanan anda supaya lebih bersistematik di hari mendatang. Setiap bulan juga ada warna dan tema yang berbeza menjadikan setiap bulan adalah hari yang baru dalam menguruskan kerja anda. Designnya pasti tidak bosan!

Tips belajar Matematik

Flip Animation

Di ruangan bucu akan ada 3 signature karekter Siffra yang mana jika anda gerakkannya akan memperlihatkan karekter ini seolah berjalan. Pasti anak anda sukakannya kerana ia lain daripada yang lain yang berada di pasaran sekarang. Walaupun designnya lebih kepada pelajar, tetapi sebagai ibu bapa yang bekerjaya juga sesuai kerana planner ini boleh dijadikan terapi untuk anda

Eh, planner jadi terapi?

Ya, antara kajian yang telah dijalankan, mewarna boleh menghilangkan stress. Kajian yang dijalankan di satu Universiti, pelajar yang menjadikan aktviti mewarna sebagai kegiatan selingan masa waktu terluang menunjukkan tanda positif berbanding dengan pelajar yang tidak mewarna yang mana menunjukkan tanda tanda tekanan

Beban guru akan dikurangkan tahun hadapan

Sudah ramai pakar psychology yang menyarankan kepada kita yang mewarna boleh dijadikan terapi minda untuk kita hilangkan tekanan. Apabila kita mewarna, kita akan lebih fokus menjadikan karya kita itu cantik. Tambahan pula, Doodle yang ada di dalam planner ini sememangnya direka untuk anda berkarya dan jadikan diri anda sentiasa segar

Mana boleh dapatkan Planner Doodle 2019 ini?

Bagi harga pengenalan, anda boleh dapatkannya di pautan ini. Harganya hanyalah RM39.90 dan harga ini akan kembali kepada harga asal iaitu RM54.90 selepas harga promosi early bird tamat. Jadi, dapatkannya sekarang sebelum kehabisan

pss : Kami juga buka untuk anda buat duit tepi dengan menjadi #teamplannerdoodle Boleh klik pautan ini untuk wasap staff kami

Please follow and like us: