Bekas Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak itu menerima hadiah berbentuk wang tunai berjumlah RM100,000, sumbangan daripada Yayasan Ubaidi berjumlah RM20,000, medal dan sijil penghargaan. Tahniah di ucapkan dan semoga anugerah ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus menyumbang kepada masyarakat

Perbaharui Azam

Sempena tahun baru Hijrah ini, kami di Siffra mengajak anda terutama yang beragama Islam untuk memperbaharui azam, apa yang mahu dicapai pada tahun ini. Penting untuk mempunyai azam supaya kita boleh fokus segala gerak kerja untuk merealisasikan azam kita itu

Perbaharui azam Maal Hijrah 1440H

Kepada adik adik yang menduduki peperiksaan besar, ambil semangat tahun baru ini untuk terus berusaha dan cemerlang di dalam peperiksaan kelak. Perlu percaya, peperiksaan itu adalah ujian yang kecil untuk menempuh kehidupan yang lebih besar dihadapan. Buat sehabis baik, ia adalah persiapan untuk hari yang lebih mencabar kelak

Perlunya PLANNER untuk anak anda

Akhir kata daripada kami, selamat menyambut Maal Hijrah, Semoga tahun baru ini membawa kita semua ke arah yang lebih baik daripada tahun tahun lepas