Terkejut juga kami pada hari ini apabila ramai yang berkongsi akan satu berita yang mana memetik kata kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik akan isu stokin yang perlu ditentukan warnanya selepas kasut hitam ditetapkan pemakaiannya pada tahun 2021 nanti. Kami cuba mencari sumber betul dan lihat ia adalah daripada satu akhbar tempatan

Kami rasakan isu ini sengaja dibesarkan. Kisah sebenarnya, Dr Maszlee hanya menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin mahu kementerian memberi penjelasan sama ada warna stokin putih oleh murid dan pelajar sekolah terlibat akan turut ditukar kepada warna hitam selaras dengan penguatkuasaan pemakaian kasut hitam nanti

Kasut warna hitam wajib 2021

Dah tanya, responlah

Cuma mungkin cara respon itu kami rasakan tidak sesuai dan ia disensasikan seolah isu stokin ini dipandang begitu penting. Sebagai rakyat yang memerhati, sudah pasti kita kecewa sebab banyak lagi isu pendidikan yang perlu diteliti oleh kementerian. Isu stokin ini, biarlah sahaja peringkat sekolah yang tentukan.

Berikut merupakan petikan akhbar tempatan

xxxxxxxxxxxxxx

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Isu mengenai warna stokin akan diputuskan Kementerian Pendidikan selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan selesai.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, perbincangan itu bagi memastikan solusi terbaik untuk murid dan pelajar terlibat dapat dicapai.

“Kita sedia maklum mengenai perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Jabatan Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

xxxxxxxxxxxxxxx

ISU STOKIN

Mungkin boleh juga menjawab soalan wartawan itu ‘Kami serahkan kepada pihak sekolah tentukan, ada banyak isu lagi yang lebih besar kementerian sedang teliti’ Mungkin jawapan seperti itu kita rakyat dambakan

Berikutan dengan itu, Bekas Perdana Menteri Malaysia telah menyindir secara sini dalam status facebooknya

Isu stokin

Menteri Pendidikan kita berpandangan jauh.

Saya tidak faham mengapa ada yang mengkritik dia.

Warna kasut dan stokin sebenarnya penting dalam perkembangan dan pembentukan pelajar yang sempurna. Sayang sekali Menteri-menteri BN dulu tidak buat kajian sedemikian.

Seterusnya, diharapkan Menteri akan kaji warna baju, warna bangunan sekolah juga.

Insya-Allah anak-anak kita akan mendapat manfaat sepenuhnya dan berjaya di masa depan.

Kami harap, sindiran sinis ini diambil dari sudut positif yang mana sememangnya hal seumpama isu warna stokin itu tidak perlu diperbesarkan. Sememangnya lebih banyak hal perihal pendidikan yang penting untuk dikaji dan dilaksanakan oleh kementerian

Please follow and like us: